Monday, January 5, 2009

CARA BUAT KERJA AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR KEPADA ORANG ISLAM DENGAN LISAN

Ingat Mengingat Sesama Orang Islam.

1) Kerana perintah Allah dan untuk sukakan Allah kami datang atas maksud mahu ingat mengingat tentang Allah dan perintah-perintah Allah, Bolehkah tuan bagi masa utk dengar kerana Allah?

[jika tidak sedia] klik Di Sini

[jika sedia] Kerana perintah Allah dan untuk sukakan Allah saya ingin berpesan kpd diri saya, sahabat bersama saya dan tuan/pakcik/encik/abang/adik bahawa Tiada tuhan selain Allah, tiada berkuasa selain Allah, tiada bagi manfaat atau mudarat selain Allah. Saya juga ingin ingatkan diri saya, sahabat bersama dan tuan bahawa taat perintah Allah cara nabi saw, Allah tentukan kita berjaya dan langgar perintah Allah, Allah tentukan kita gagal.

2) Saya nak ajak diri saya, sahabat saya dan tuan/pakcik/encik/abang/adik untuk taat perintah Allah. Banyak perintah Allah namun asas kepada semua perintah Allah ialah 5 rukun islam. Rukun islam pertama ialah mengucapkan 2 kalimah syahadah dan tunaikan HAK/TUNTUTAN rukun islam pertama iaitu jalankan kerja amar makruf nahi mungkar. Harini orang islam sudah tidak tahu bahawa rukun islam pertama ada HAK/TUNTUTAN untuk ditunaikan iaitu jalankan kerja amar makruf nahi mungkar seperti yang Nabi Muhammad saw dan sahabat lakukan 10 tahun pertama di Mekah sebelum Allah turunkan rukun islam kedua iaitu solat pada malam Israk Mikraj. Walaupun kini orang islam masih ada yang mengerjakan rukun islam kedua iaitu solat, rukun islam ketiga iaitu puasa, rukun islam keempat iaitu zakat dan rukun islam kelima iaitu haji namun umat islam harini masih melanggar perintah yang paling besar iaitu tidak menunaikan HAK/TUNTUTAN rukun islam pertama iaitu jalankan kerja amar makruf nahi mungkar. Akibatnya, umat islam harini sudah tidak lagi faham wahyu atau tidak faham quran, doa umat islam tidak lagi Allah kabulkan termasuk doa mohon bantuan terhadap musuh islam dan umat islam porak poranda dengan masalah yang tidak berkesudahan seperti berpecah belah termasuk berperang sesama sendiri.

3) Apakah kerja amar makruf nahi mungkar? Sepertimana Nabi Muhammad saw lakukan iaitu umat islam mesti mencegah mungkar semua manusia iaitu cegah mungkar orang bukan islam dan cegah mungkar orang islam dengan makruf (kebaikan).

4) Apakah mungkar orang bukan islam? mungkar orang bukan islam ialah mereka tidak mengaku persaksian bahawa "Tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad saw rasul Allah", dan cara mencegah mungkar orang bukan islam ialah dengan kebaikan, sepertimana nabi saw tunjukkan iaitu dengan mengajak mereka mengaku persaksian bahawa "Tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad saw  rasul Allah" tanpa paksaan, jika mereka tidak mahu kita tidak perlu paksa mereka untuk menerimanya kerana terpulang kepada mereka untuk membuat pilihan samada menerima atau tidak dan tugas kita hanya menyampaikan seperti nabi saw lakukan. Tiada paksaan dalam agama. Kita tidak hanya cegah mungkar orang bukan islam sahaja, kerana kita umat islam mesti mencegah mungkar semua manusia termasuk orang islam.

5) Apakah mungkar orang islam yang paling utama? walaupun berzina, minum arak, rasuah, membunuh,berjudi adalah sebahagian dari mungkar namun ia bukan punca mungkar. Punca mungkar yang menyebabkan orang islam melakukan mungkar-mungkar tadi ialah orang islam melakukan mungkar yang paling utama ialah selepas mengucap kalimah syahadah pada rukun islam pertama tetapi umat islam tidak tunaikan HAK/TUNTUTAN rukun islam pertama iaitu tidak menjalankan kerja amar makruf nahi mungkar seperti Nabi Muhammad saw dan sahabat lakukan 10 tahun pertama di Mekah. Dan mungkar kedua umat islam lakukan ialah tidak menunaikan perintah Allah pada rukun islam kedua iaitu solat. Bila umat islam tinggalkan HAK/TUNTUTAN rukun islam pertama maka Allah tidak akan beri iman yang kuat dalam hati orang islam. Kerana Allah dan rasul menyebut dengan jelas bahawa iman meningkat bermula dengan menjalankan kerja amar makruf nahi mungkar. Namun tiada paksaan untuk orang islam melakukannya kerana tiada paksaan dalam agama, tugas kita hanya mengingatkan dan menyampaikan, orang islam bebas untuk pilih samada untuk taat atau tidak, namun Allah akan balas manusia mengikut pilihan masing-masing.

4) Menunaikan kerja amar makruf nahi mungkar secara berjemaah adalah fardhu kifayah dan secara individu adalah fardhu ain sebagaimana hukum solat berjemaah adalah fardhu kifayah dan secara individu adalah fardhu ain. Maka di setiap khariah masjid hendaklah ada sebahagian orang islam berjemaah menjalankan kerja amar makruf nahi mungkar yang merupakan hak rukun islam pertama dan berjemaah menunaikan solat yang merupakan tuntutan rukun islam kedua. Jika langsung tidak ada orang islam disetiap khariah masjid menjalankan kerja amar makruf nahi mungkar secara berjemaah dan solat secara berjemaah maka semua ahli kariah masjid berdosa kerana tidak menghidupkan kerja amar makruf nahi mungkar secara berjemaah dan solat berjemaah. Jika sudah ada jemaah tersebut maka, orang islam lelaki yang lain dan wanita adalah fardhu ain menunaikan dua perintah ini secara individu sesama keluarga, jiran tetanga, sahabat taulan mahupun rakan sekerja.

5) Untuk menjalankan kerja amar makruf nahi mungkar modalnya hanya masa. Dan syarat untuk menjalankan kerja amar makruf nahi mungkar hanya perlu tahu satu kalimah sahaja iaitu kalimah LaailahaillAllah Muhammadarrasulullah. Nabi saw sebut dalam hadis "sampaikan dariku walau satu ayat".

6) Cara menjalankan kerja amar makruf nahi mungkar secara berjemaah ialah ahli jemaah masjid di setiap khariah hendaklah melapangkan waktu samada waktu pagi atau petang selama 45 minit untuk pergi ke rumah-rumah orang bukan islam dan orang islam secara berjemaah. Dan jika berpeluang jumpa orang bukan islam, ajak mereka untuk menerima persaksian 2 kalimah syahadah dan jika jumpa orang islam ingatkan mereka tentang maksud kalimah tauhid dan ajak mereka tunaikan perintah Allah pada rukun islam pertama dan kedua setiap hari. Ini kerana rukun islam pertama dan kedua tuntutannya ialah dibuat hari-hari tanpa cuti berbanding rukun islam ke-3 dan ke-4 dilakukan sekali setiap tahun dan rukun islam ke-5 dilakukan sekali seumur hidup jika berkemampuan.

8) Jadi kalau tuan/pakcik/encik/abang/adik ingin melakukan kerja amar makruf nahi mungkar secara berjemaah, jemputlah bersama kami di masjid melakukannya secara berjemaah samada di waktu pagi atau petang selama 45minit setiap hari.

9) Sekiranya tuan/pakcik/encik/abang/adik belum bersedia melakukannya secara berjemaah maka usahakanlah melakukan tuntutan rukun islam pertama ini secara individu kepada ahli keluarga, jiran, rakan sekerja dan mana-mana kenalan orang bukan islam dan orang islam.

No comments: