Monday, January 5, 2009

BERPESAN-PESAN KALIMAH TAUHID

Halqah iman sebelum dan selepas pulang dari kerja amar makruf nahi mungkar dan waktu-waktu lain seperti dalam sesi mengajar agama bersama ahli keluarga di rumah.

1) Kerana perintah Allah dan untuk sukakan Allah....

2) Saya berpesan pada diri saya dan semua bahawa
tiada tuhan selain Allah
tiada berkuasa selain Allah
tiada bagi faedah dan mudarat selain Allah
tiada bagi hina atau mulia selain Allah
tiada yang bagi lapang atau sempit selain Allah
tiada yang bagi hidup atau mati selain Allah
tiada yang bagi sakit dan sihat selain Allah
tiada yang bagi rezeki selain Allah, bukan kerja dan usaha yang beri kita rezeki tetapi Allah yang beri kita rezeki, namun kita diperintah oleh Allah untuk berkerja dan berusaha dan kita bekerja bukan niat untuk dapat rezeki tetapi niat kerana perintah Allah dan sukakan Allah.
saya taat perintah Allah berjaya & langgar perintah Allah gagal.

3) Ya Allah, masukkanlah kalimah yang mulia ini dalam hati kami.

No comments: