Monday, January 5, 2009

CARA BUAT KERJA AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR KEPADA ORANG BUKAN ISLAM DENGAN HATI

Dakwah orang bukan islam melalui doa bagi yang tiada di rumah atau yang tidak bersedia mendengar dakwah yang disampaikan.

1) Kerana perintah Mu ya Allah dan hanya untuk sukakan Mu ya Allah, kami mengajak penghuni rumah ini masuk islam. Wahai penghuni rumah masuklah islam dan ucapkanlah kalimah aku bersaksi Tiada tuhan selain Allah & Muhammad itu rasul Allah, pasti kamu berjaya.

2) Ya Allah, berilah hidayat kepada penghuni rumah ini dan semua orang bukan islam seluruh alam untuk mengucap kalimah Laillahaillah Muhammadurrasulullah.

3) Ya Allah, ampukanlah dan terima taubat kami dan semua orang islam samada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia kerana meninggalkan kerja nabi.

4) Ya Allah, kami mengaku tiada tuhan melainkan Engkau, tiada berkuasa melainkan Engkau, Maha suci Engkau, kami mengaku bahawa kami adalah orang yang zalim selama ini kerana meninggalkan kerja amar makruf nahi mungkar.

6) Oleh itu, ampunkanlah dan terimalah taubat kami dan semua orang islam sesungguhnya Engkaulah Maha menerima taubat dan Maha mengasihani.

7) Tiada daya dan upaya untuk kami melakukan kerja amar makruf nahi mungkar ini melainkan dengan izinMu ya Allah. Segala puji bagiMu Allah.

No comments: