Monday, January 5, 2009

CARA BUAT KERJA AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR KEPADA ORANG BUKAN ISLAM DENGAN LISAN

Dakwah yang diberi terperinci sekiranya orang bukan islam kelihatan bersedia mendengar.

1) Kami datang untuk beritahu encik/pakcik perkara yang sangat penting. Kita semua manusia adalah satu keluarga walaupun kita berlainan bangsa, agama kerana semua manusia berasal dari satu datuk iaitu Adam dan Hawa.

2) Kita dicipta oleh satu tuhan namanya Allah. Tiada tuhan selain Allah. Allah sangat sayang kepada semua manusia dan Dia mahu kita berjaya, tandanya ialah Allah beri kita agama. Siapa yang amalkan agama pasti berjaya.

3) Untuk ajak manusia kepada Allah dan agamaNya, Allah telah hantar banyak nabi dan nabi yang terakhir ialah Nabi Muhammad saw, dia juga telah meninggal dunia.

4) Kami orang islam wakil Nabi Muhammad saw untuk mengajak encik/pakcik masuk islam. Masuklah islam dan ucapkanlah kalimah 'aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, aku bersaksi Muhammad pesuruh Allah' pasti encik/pakcik berjaya.

5) [jika jawapannya sedia] ajar mereka mengucap dan bawanya ke masjid.

6) [jika jawapannya tidak] maka katakan padanya, terpulang pada encik/pakcik untuk buat pilihan. Tugas kami hanya menyampaikan sebagaimana yang diperintah oleh Allah kepada setiap orang islam

Dakwah yang diberi ringkas sekiranya mereka dalam keadaan kurang bersedia utk mendengar.

1) Masuklah islam dan ucapkanlah kalimah 'Aku bersaksi bahawa Tiada tuhan selain Allah, Aku bersaksi Muhammad pesuruh Allah' pasti tuan berjaya.

3 comments:

Ahmad Harith Izzuddin Ismail said...
This comment has been removed by the author.
Ahmad Harith Izzuddin Ismail said...

tuan yg mulia , saya rasa tindakan tuan utk mengamalkan sunnah itu sangat betul tetapi , kita sebagai ummat islam perlu wujudkan contoh tauladan dahulu . Sahabat2 pun dakwah di negara lain dengan akhlak . pada pandangan saya , ummat islam hari ini pun belum sempurna akhlaknya seperti zaman Nabi saw . org2 kafir boleh berkata kembali "org islam pon tak betol lagi mahu ajak kami" saya yg jahil ini sekadar beri pandangan . apa2 yg baik dari Allah .

Anonymous said...

Cik farith,nampak cantik pandangan u itu tapi tak perlu tunggu hingga akhlak jadi baik baru nak buat dakwah ...itu dah d tipu syaitan.apa yg baik pada pandangan u mungkin tak baik pd pandangan org lain.so bila pyla nak baik nye.nabi dan para sahabat usahakan 10 thn cakap kalimah toiyibah ini sblm turun perintah solat.
Cubalah u buat dulu dakwah kpd org bukan islam dan rasai nikmat iman terutama apabila oeg kafir marah krn kita dakwah mrk.kita tahu kalau mrk mati tanpa kalimah mrk tak akan dpt syafaat nabi s.a.w. Dan tak dpt hidu syurga walau kaya raya di dunia ini.tiada data saya dan u dpt amal melainkan dgn izin Allah.muga Allah suka pd saya dan farith dan beri taufik utk amal.aameen.