Monday, January 5, 2009

CARA BUAT KERJA AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR KEPADA ORANG ISLAM DENGAN HATI

Bagi orang islam yang tiada di rumah atau tidak bersedia untuk mendengar pesanan tentang kalimah dan perintah Allah.

1) Kerana perintah Kau ya Allah dan untuk sukakan Kau ya Allah, saya pesan diri saya, sahabat bersama saya dan penghuni rumah ini bahawa tiada tuhan selain Kau ya Allah, tiada berkuasa melainkan Kau ya Allah, tiada beri mudarat atau manafaat selain Kau ya Allah, Saya juga berpesan kepada diri saya, sahabat bersama dan penghuni rumah bahawa taat perintah Allah berjaya dan langgar perintah Allah gagal.

2) Ya allah, masukkanlah kalimah yang mulia ini kedalam hati saya,sahabat saya dan SAMPAIKANLAH pesanan kalimah ini kepada penghuni rumah ini dan semua manusia seluruh alam.

3) Ya allah, terimalah penghuni rumah ini, kami, keluarga kami dan semua orang islam untuk kembali buat kerja nabi dan menjaga solat.

4) Tiada daya dan upaya untuk kami melakukan kerja amar makruf nahi mungkar ini melainkan dengan izinMu ya Allah. Segala puji bagiMu Allah.

No comments: