Monday, January 5, 2009

5 RUKUN ISLAM, 6 RUKUN IMAN

Bila orang islam mentaati perintah Allah dan tinggalkan larangan Allah dengan niat hanya untuk sukakan Allah atau mendapatkan keredhaan Allah maka Allah akan tunaikan janjiNya iaitu mengurniakan iman yang teguh dalam hati orang islam dan menjadikan orang islam meningkat darjatnya menjadi orang yang beriman kepada Allah. Asas perintah Allah yang fardhu orang islam tunaikan dan utamakan ialah 5 Rukun Islam. 5 Rukun Islam ialah rukun perbuatan atau amal yang mana Allah perintahkan umat islam untuk amalkannya sebagaimana yang telah Nabi saw lakukan.

5 Rukun Islam

1. Bersaksi dua kalimah syahadah, Lailahaillallah Muhammad Rasulullah dan setelah bersaksi hendaklah menunaikan HAK/TUNTUTAN pada kalimah ini iaitu 'mencegah mungkar dengan mengajak kepada kebaikan' yakni buat kerja nabi atau kerja amar makruf nahi mungkar.

**Rukun islam pertama adalah perintah Allah yang pertama bagi setiap orang islam.
**Allah menyebut dalam Al-Quran berulang-kali tentang perintah Allah supaya menjalankan 'amar makruf nahi mungkar' yang merupakan perintah Allah yang terletak pada Rukun Islam Pertama.

Mungkar yang dibuat oleh orang bukan islam dicegah dengan mengajak mereka kepada kebaikan iaitu diajak mengucapkan 2 kalimah syahadah. Mungkar paling besar yang dibuat oleh orang islam iaitu langgar perintah Allah yang pertama iaitu tidak menunaikan HAK/TUNTUTAN pada rukun islam pertama iaitu melakukan kerja amar makruf nahi mungkar dan mungkar kedua besar orang islam buat ialah tidak solat, mungkar ini dicegah dengan mengajak orang islam untuk buat kerja amar makruf nahi mungkar dan solat.

Orang islam hendaklah melapangkan masa setiap hari sekurang-kurangnya 45minit untuk melakukan kerja amar makruf nahi mungkar dengan menziarahi semua orang samada orang yang bukan islam dan orang islam yang tinggal di sekitar khariah masjid.

Menjalankan kerja amar makruf nahi mungkar secara berjemaah ialah fardhu kifayah dilakukan di setiap khariah masjid dan secara individu ialah fardhu ain.

2. Solat ;
-berusaha menunaikan solat fardhu 5 waktu secara berjemaah kerana Allah lebih sukai atau sekurang-kurangnya bersolat secara individu
-menunaikan solat-solat sunat seperti tahjud, isyrak, dhuha,witir, awabin dan lain-lain.

Mendirikan solat secara berjemaah ialah fardhu kifayah dilakukan di setiap khariah masjid dan secara individu ialah fardhu ain.

3. Puasa ;
-berpuasa di bulan Ramadhan
-berpuasa sunat (puasa selang seli seperti puasa Nabi Daud, puasa isnin & khamis, puasa 3h setiap bulan islam)

Menjalankan ibadah puasa ialah fardhu ain bagi setiap individu islam.

4. Zakat ;
-membayar zakat fitrah
-memberi sedekah

Menunaikan zakat ialah fardhu ain bagi setiap individu islam.

5. Haji ;
-menunaikan haji bagi yang mampu (sekali seumur hidup)
-menunaikan umrah

Mengerjakan ibadah haji ialah fardhu ain bagi setiap individu islam.

Apabila orang islam tunaikan 5 Rukun Islam bermula dengan tunaikan Rukun Islam Pertama dengan niat hanya untuk sukakan Allah atau mencari redha Allah, pertama sekali Allah akan tingkatkan imannya dalam hati.

6 Rukun Iman

6 Rukun Iman ialah rukun untuk hati iaitu dengan hati mempercayai kepada apa yang Allah sampaikan;

1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada Rasul
3. Beriman kepada Malaikat
4. Beriman kepada Kitab
5. Beriman kepada Hari Kiamat
6. Beriman kepada Qada' & Qadar

8 kualiti adalah kurniaan dari Allah yang diberi kepada orang islam setelah orang islam mentaati perintah-perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Sebagaimana diterangkan diawal artikel ini bahawa asas perintah Allah ialah 5 Rukun Islam. Bila orang islam tunaikan 5 Rukun Islam, Allah akan kurniakan iman dalam hati umat islam.

Kesilapan besar yang dibuat oleh orang islam hari ini ialah orang islam menunaikan rukun islam kedua, ketiga, keempat dan kelima tanpa menunaikan amal yang berkait dengan rukun islam pertama iaitu tidak menjalankan kerja amar makruf nahi mungkar seperti yang Nabi saw dan sahabat lakukan 10 tahun pertama di Mekah. Sedangkan dengan menunaikan HAK/TUNTUTAN rukun islam pertamalah, Allah akan beri iman kepada umat islam sepertimana yang Allah telah kurniakan kepada para sahabat daripada mereka jahilayah jadikan mereka beriman.

Beza diantara umat islam harini dan para sahabat ialah kita tidak lagi menunaikan HAK/TUNTUTAN rukun islam yang menyebabkan kita tidak dapat jadi beriman walaupun kita menunaikan rukun islam kedua, ketiga, keempat dan kelima.

Ini bermakna walaupun kita menunaikan rukun islam kedua, ketiga, keempat dan kelima tanpa melakukan HAK/TUNTUTAN rukun islam, amalan kita tidak dapat dibuat dengan iman. Hal ini kerana Allah menjanjikan iman dengan kita jalankan kerja amar makruf nahi mungkar seperti yang Nabi saw.

Surah Ali-Imran[110]
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan bagi (faedah) semua manusia (orang bukan islam dan orang islam), untuk kamu mengajak kepada makruf dan mencegah yang mungkar, dengan itu kamu beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).


Surah Ali-Imran[104]
Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebaikan dengan mengajak kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.


Surah Al-Maidah[79]
Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (tidak menjalankan kerja amar makruf nahi mungkar) dari perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.


Luqman[17] “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan jalankanlah kerja amar makruf nahi mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu (perintah jalankan kerja amar makruf nahi mungkar dan solat) adalah dari perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya."

Abu Said al-Khudri r.a, sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud; “Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya(kuasa), sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya(dakwah dengan percakapan), sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya(mendoakan hidayat) dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah selemah-lemah iman.”

Hadis yang berbunyi “ Demi zat yang nyawaku ditanganNya! Kamu mesti sentiasa melakukan kerja amar makruf nahi mungkar. Jika tidak, tidak lama lagi Allah akan menghantar azabNya keatasmu, lalu kamu berdoa, maka Allah tidak akan menerima doa mu”

Hadis yang berbunyi “Kalimah Lailahailallah sentiasa memberi manfaat kepada penyebutnya dan menolak azab dan bencana daripada mereka selama mereka tidak meringan-ringankan haknya.” Sahabat r.hum bertanya, “ Apakah yang dimaksudkan dengan meringan-ringankan haknya?” Nabi saw menjawab, “Apabila perbuatan mungkar kepada Allah terang-terangan dibuat dan mungkar ini tidak dicegah

4 comments:

Syed Firdaus said...

Alhamdulilah semoga usaha mengajak manusia pada Allah, dapat dijadikan maksud hidup orang islam...

Unknown said...

Inilah maksud kita dilahirkan ke dunia yang fana ini. Kita perlu mengajak seluruh manusia supaya beriman kepada Allah S.W.T. Mentaati segala perintah Allah S.W.T dan meninggalkan segala larangan-Nya dengan mengikut cara junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

khairul said...

masyaAllah..sy ske btol bce artikel dlm ni.. sy ingin bertanya..ape beza adakah 5 prkara neh dgn 6 perkara?

abu hanis said...

sebagai org islam, kita dah diakar tentang 5 rukun islam dan 6 rukun iman. pegang dan amal. 11 perkara ni. dgn izin allah.